Blogger Backgrounds
Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

13.3.13 @ pantai batu buruk



salam....
lama sungguh tak coret2 dlm blog nie
sejak menjadi isteri n berkerjaya mmg takde masa nk bukak blog
 a quick update:
1. skang keje kat Hospital Raja Perempuan Zainab 1 as clinical pharmacist starting from 20.11.12
2. duk umah mak mertua kat kg bunohan yg teramat famous skang
3. ayah mertua dah meninggalkn kami sekeluarga pd 13.12.12 - al-fatihah


berbalik pd ceta 13.3.13 @ pantai batu buruk
this is our first trip since we come back to our hometown...
mmg dah lama nk pergi bercuti
stress tahap tak tertanggung dah dgn berbagai2 dugaan along the way...
alhamdulillah we still can stand it.. hope till forever

selasa 11/3 tue una keje malam so ari rabu auto off, ari khamis una amik cuti.... so pagi rabu hubby jemput kat hospital..balik n rehat sekejap...siap kemas (hubby kemas tau), dalam kul 11pg kami memulakan perjalanan ke kuala terengganu... so smpai dlm kul 2.30 check in kat batu buruk beach resort.. per nite rm 162.. ok lah condition resortnye, ada swimming pool, tepi pantai, bnyak kedai makan n yg penting ada a&w which is my hubby feveret....

my hubby yg sentiasa cumil


First aktiviti lepas dh check in, is makan time.. soooo hungry u know... pegi makan nasi ayam yunan kat food court depan resort...makan2 dn makan.. balik bilik tito kuikuikui.....mmg aim kitaorg utk rest jea pun.. then ptg pg amek angin kat pantai.... malamnya mkn kat Tenang Seafood sebelah resort kitaorg jea tau.. best lah jugak kedai tue, yg penting servis die laju walaupun ramai org... mkn ikan pari bakar, sotong masak pedas + tomyam... huuu kenyang2.. balik tertito ag... but so pity to my hubby duk tergaru2 gatal sbb mkn seafood....

our meal at tenang seafood


aiskrim goreng nyum2



khamis,
bgun pagi lmbat sbb hubby tak leh tito kan semalam, bgn berciap terus pg mkn breakfast free kat dining hotel... mkn nasi dagang woooo..sedp wooo..hehe.... next destination is pasaaaaar payang... first time tau pegi... dah lama duk mengidam nk pegi sana... smpai2 sana pening tgk org jual kepok bertimbun2.. pening tak tau nk beli yg mana...naik ting 2 kita sopin bajuuuu... beli 2 pasang kain batik untuk ma n mama, 2 psg baju kelawar n 1 baju sutera rm180... baju2 batik sgt lah memikat but harga tak boleh tahan kooot...mahaiii no.. tak mampu oden.... dh penat sopin + cuci mata balik hotel rehat..... ptg g rantau abang beach semata2 nk mandi pantai huhuhu.. thanks hubby bwk syg g sana... mlm a&w time wuhuuuu.....

senyum ikhlas ke tak nie hehehe...

yehaaa supin sakan i loikeeee ^^



jumaat,
time to packing...huhuhhuuu sekejap jea kan our trip nie... nk buat mcm ne byk komitmen ag.... sedih rase dah nk balik hometown balik dah... pagi g mkn nasi dagang lagi kat kedai kak pah yng femous emes tue.... best2... time to go... sempat singgah mrsm kuala terengganu jumpa my sis atikah, then beli kepok kat suka ramai...last singgah kat bukit kluang beach resort...sgt cntik pntai nyer... teruja3.... till here... tak sabar for next trip....

the lovely pantai bukit kluang


daaa...
ops iklan jap go the red wariors gooool....


Tuesday, November 13, 2012

3D2N at Shah Alam 9-11/11/12


salam...
6/11/12 genap setahun kami bersama
Alhamdulillah...
Ya Allah,
panjangkanlah jodoh kami,
berikanlah kami kebahagian yg melimpah ruah,
kuatkan lh kami untuk menghadapi segala dugaan-Mu,
Amiiiiiiiiiiiiiiiiiin...

Very the unplanned holiday
makan tito shopping makan tito shopping
hehe beshhhhh.....


7am shah alam town

tokyo??

jumpa singa tengah jalan

fish manhattan

us ^^

p/s: love u yayang....

Tuesday, August 28, 2012

santapan rohani...


For pregnant women...




















Ya Allah kurniakan daku dan suami anak2 yang soleh & solehah
amiiiiiin.....

Petua Melayan Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

PenMerah [dot] com



Ya Allah, bantulah daku menjadi isteri yg terbaik buat suamiku, sesungguhnya daku jauh lagi dr list di atas :(


Thursday, June 21, 2012

warna-warni di shah alam


salam,
entri yg penuh warna di shah alam
first time pergi ngan hubby kul 12 malam
rase mcm alice in wonderland pun ada
love u hubby ^^
entri yg dipenuhi muka hubby yg shiny2, sbb muka bini sgt oily huhu













 jom tengok republik czech lawan portugal kul 2.45pagi
nite^^






Tuesday, June 12, 2012

weekend di shah alam 21 april

salam,
jum semua sokong harimau malaya lawan lions
smbil layan bola smbil layan gambo2 hubby n me bercuti2 malaysia wokeh

21 april 2012
destinasi pertama: the mines, serdang
first time cikluvia  gie sana
teruja nak nengok cruise dlm mall
huhu sgt ketinggalan zaman kan2^^





tak sempat naik pun cruise 2
rase mcm tak berbaloi ngat
pling best byk kedai baju cantik2
tp kitaorg cuci mata saje^^



second destination: putrajaya
cik hubby kata die xpernah g putrajaya
so cikluvia bwk ler die jln sekitar masjid
n katenya teringan sgt nak naik jmbatan 2
hehe so sweeet^^






k lah till here 
to be cont.
nite