Blogger Backgrounds
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

minggu yg haru biru...





uhuks2...batuk, demam skit pala semua ada minggu nie..
bukan itu punca haru biru
bukan juga disebabkn oleh BERSIH
soooo???
berita ini telah dan akn mengejutkan 1 malaysia 
nntlah bila selesai majlis ehem2 cik luvia wat press conferences
ceh bajet ko artis fofular kew..
hehehehe....



my weekly report:
 
sabtu
pergi jln2 kat peng.kubor wif my adik2, spupu n my aunt..
pergi cari brg2 utk ..tut..tut..tut...
adalh jumpa satu 2 menda yg berkenan di hati
then t/hari pergi merayap kat Tesco lak
coz my littest adik pempoan tak puas ati tak leh g jln2 sbb pagi tadi die ada kels tmbahan
so bwk lah die g Tesco, nnt majuk pulak makcik tue hehe


ahad
pergi jahit tirai untuk digunakan for this SATURDAY
siap2 jahit, balik umah dikejutkn wif one news
my sis yati jatuh sakit dlm bus OTW pergi KL pagi tadi
haru biru sgt2 time tue
she stay in hospital raub for a day


isnin
pagi2 bgn bersemangt kol jpa tanya surt cik luvia dah sampai belom
but sooo vey sad jpa tak dpt ag
memandangkn tarikh ttp lapor diri 2 next week
bertungkus lumus pergi print, pergi sahkan then pergi scan menda alah2 tue balik then email
fuuuuuh pening pala...
and Alhamdulillah, pihak JPA reply my email on the evening
setel satu mslh

demam batuk sakit pala cik luvia menjadi2 pulak ari tue
kebetulan my bro pun sakit2 gak that time
soo kami berdua bersama2 pergi ke klinik
alooolo soo sweet...


selasa
today is the day i met him for the 1st time
'him' 2 sape??
sabar lah yer, tgu slpas ari sabtu nie
jeng..jeng..jeng...
we were going to some places to bought some 'things'



rabu
ari nie buat pertama kali cik luvia duduk bergoyang kaki sahaja
ececeh bajet ko ada keje sgt lah sblom nie
badan still rase tak besh
pening2 lalt n sakit tekak
ya Allah semoga cik luvia sihat sepenuhnya before that DAY
cik luvia nie kalo dah skit mesti takde mood nak wat pape
raser tak bersemangat jew
soo cpt2 doakan cik luvia sembuh yeeer

another big thing happen today
surat perlantikkan as a pharmacist sudah smpai
yuhuuuu i'm going to start working sooooon
tapi cam tak confident langsung
dlm kepala hotak nie dah tak hngat sgt nama ubat
kapala hotak dah lemau sbb dah lama tak baca buku
huhhu scary2
yg malasnya banyak pulak lah die suh settel
reply surat lah, buat medical chechup, buat akuan sumpah lah
nie tgh serabut2 pikir pasai this SATURDAY lah menda2 alah nie dtg
wat kacau bilau jew kepala hotak nie
pape pun next week jelah cik luvia setel eh
mls nk menambah beban ag


esok entah apa pulak lah yg berlaku kan
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan
till here......





Monday, July 4, 2011

Beribadat Selama 500 tahun






Rasulullah S.A.W. berkata, malaikat Jibrail A.S. telah menceritakan kepadanya. Katanya, " Wahai Muhammad! Telah ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang panjang dan lebar bukit itu 30 kali 30 hasta dan di sekelilingnya terdapat lautan seluas mata memandang.


Di situ Allah telah mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit serta menumbuhkan sepohon pokok delima yang mana setiap hari pokok itu akan mengeluarkan sebiji buah yang masak. Bila terasa lapar, hamba ini akan memetiknya selepas itu, dia akan terus sambung beribadah.


Setiap kali solat, hamba ini akan memohon agar dia dimatikan dalam keadaan sujud supaya badannya tidak disentuh oleh apa-apa pun sehingga tibanya hari qiamat. Allah pun memperkenankan doanya.


Apabila hamba ini telah mati, maka Allah pun memerintahkan pada malaikat. Katanya, "Masukkan hamba ini ke dalam syurgaku dengan limpah rahmatku." Jawab hamba ini, "Bukan! Segalanya disebabkan oleh amalku." Maka Allah pun memerintahkan para malaikat menghitung semua amalnya.


Apabila perhitungan dibuat maka amalnya selama 500 tahun itu telah habis dikira hanya pada sebelah mata sahaja. Allah pun berfirman, "Masukkan dia ke dalam neraka". Bergementarlah hamba ini lalu berkata, "Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam syurga mu dengan rahmatmu".


Kemudian Allah bertanya lagi, "Siapakah yang menjadikan kamu? Siapakah yang memberi kekuatan sehingga kamu mampu beribadah selama 500 tahun? Siapakah yang mengeluarkan air ditengah-tengah lautan yang masin? Siapakah yang mengeluarkan buah delima untuk kamu makan setiap hari, sedangkan buah itu hanya berbuah setahun sekali sahaja?".



Jawab hamba ini, " Engkaulah yang melakukannya ya Allah". Firman Allah lagi, "Semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurgaku juga dengan rahmatku". Malaikat Jibrail berkata," Segala yang terjadi hanya dengan rahmat Allah".





diambil dari buku HIMPUNAN TAZKIRAH & KISAH-KISAH TELADAN
oleh: Wan Iqbal Afdza Bin Wan Abdul Hamid