Blogger Backgrounds
Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 4, 2011

Beribadat Selama 500 tahun






Rasulullah S.A.W. berkata, malaikat Jibrail A.S. telah menceritakan kepadanya. Katanya, " Wahai Muhammad! Telah ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang panjang dan lebar bukit itu 30 kali 30 hasta dan di sekelilingnya terdapat lautan seluas mata memandang.


Di situ Allah telah mengeluarkan air selebar satu jari dari bawah bukit serta menumbuhkan sepohon pokok delima yang mana setiap hari pokok itu akan mengeluarkan sebiji buah yang masak. Bila terasa lapar, hamba ini akan memetiknya selepas itu, dia akan terus sambung beribadah.


Setiap kali solat, hamba ini akan memohon agar dia dimatikan dalam keadaan sujud supaya badannya tidak disentuh oleh apa-apa pun sehingga tibanya hari qiamat. Allah pun memperkenankan doanya.


Apabila hamba ini telah mati, maka Allah pun memerintahkan pada malaikat. Katanya, "Masukkan hamba ini ke dalam syurgaku dengan limpah rahmatku." Jawab hamba ini, "Bukan! Segalanya disebabkan oleh amalku." Maka Allah pun memerintahkan para malaikat menghitung semua amalnya.


Apabila perhitungan dibuat maka amalnya selama 500 tahun itu telah habis dikira hanya pada sebelah mata sahaja. Allah pun berfirman, "Masukkan dia ke dalam neraka". Bergementarlah hamba ini lalu berkata, "Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam syurga mu dengan rahmatmu".


Kemudian Allah bertanya lagi, "Siapakah yang menjadikan kamu? Siapakah yang memberi kekuatan sehingga kamu mampu beribadah selama 500 tahun? Siapakah yang mengeluarkan air ditengah-tengah lautan yang masin? Siapakah yang mengeluarkan buah delima untuk kamu makan setiap hari, sedangkan buah itu hanya berbuah setahun sekali sahaja?".



Jawab hamba ini, " Engkaulah yang melakukannya ya Allah". Firman Allah lagi, "Semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurgaku juga dengan rahmatku". Malaikat Jibrail berkata," Segala yang terjadi hanya dengan rahmat Allah".





diambil dari buku HIMPUNAN TAZKIRAH & KISAH-KISAH TELADAN
oleh: Wan Iqbal Afdza Bin Wan Abdul Hamid



No comments:

Post a Comment