Blogger Backgrounds

Tuesday, June 28, 2011

Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas




Ada seorang banduan yang baru dimasukkan ke dlm penjara atas satu kesalahan. Seperti penghuni baru yang lain, die murung dan menyendiri. Tembok batu dengan jeriji besi serta harian benar2 melusuhkan perasaanya. Pada suatu petang, persekitaran sel riuh rendah kerna penghuni baru itu mengambil keputusan nekad membunuh diri dengan meminum cecair peluntur yang ada di bilik dobi. Nasib baiklah tindakan pantas penghuni lain berjaya menyelamatkan nyawanya walau keadaanya kritikal.


Di katil hospital, warden bertanya kenapa die sanggup membunuh diri. Dalam keadaan lesu dan seperti orang yang musnah segala2nya, die menceritakan kisah hidupnya. " Saya mempunyai 3 org anak yang kesemuanya masih di bangku sekolah. Yang paling tua seorang perempuan di ting.5 manakala yang dua lagi anak lelaki masih di dekolah rendah." 
 
 
Isterinya telah meninggal dunia, anak perempuannya terpaksa ambik alih tugas ibunya. Die risau memikirkan masa depan anak2nya. Mereka mesti dibuli oleh kwn2 sekolah kerna ayah mereka masuk penjara. Pendek ceta, die nk bunuh diri sbb tak tahan mengenangkan nasib anak2nya yg gelap tanpa ibu tanpa bapa ditambh hidupnya tak berguna lagi.
Warden tue pun ckp, " tau tak np anak2 encik masih mampu bertahan untuk idup?" Sbb mereka tau meraka masih punya ayah. Mereka masih berharap agara suatu hari nnt, ayah mereka mesti bebas dan mereka akan idup gembira. Bayangkan kalau encik tiada, mereka mesti fikir idup mereka sudah tiada guna lagi. 


  sekali harapan kita hilang
segala2 yang dilakukan tidak menjadi
bergantunglah pada Allah atas tiap2 sesuatu
ceta kat atas nie dipetik n diubah suai dari buku U-Turn Ke Jalan Lurus
oleh ZUL RAMLI M.RAZALI





No comments:

Post a Comment