Blogger Backgrounds
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 10, 2011

Harta itu Milikku??



cuba lakukan beberapa perkara berikut:

x.. lihat duit tunai yg ada dlm dompet. berapa jumlh yg ada?
x..lihat buku simpanan bank. berapa jumlah yg tertera?
x..lihat rumah, kereta, tanah n harta2 lain yg dibeli. berapa nilai semasanya kini?


Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dlm dompet kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juga milik kita kerana jelas tertera nama kita. Begitu juga aset lain seperti rumah, tanha dan sebagainya. 

Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa2 kerana ssemua itu milik Allah yang hanya dipinjamkn sementara dan kita hanya pentadbirnya. Buktinya semua itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini apatah lagi untuk dimanfaatkan.


Apa milik kita?
Milik kita hanyalah apa2 yg kita berikan atau sedekahkan. jika semalam kita ada mendermakan RM1 kepada peminta sedekah, maka RM1 itulah duit milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah al-Quran atau sepasang telekung solat untuk sebuah masjid, maka itulah aset kita. Jika kita yg memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah juga harta milik kita. Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita manfaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yg disimpan di dunia.




dipetik dari majalah solusi ms72, isu no33
artikel nie betui2 menyedarkan cikluvia yg selalu alpa dlm mengejar kemewahan dunia
walhal hidup di dunia hanyalh sementara
sama2 lh kita berubah untuk kebaikan
amin....



No comments:

Post a Comment