Blogger Backgrounds
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 10, 2011

SOALAN DAN 3 JAWAPAN HEBAT

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
(pemuda: P, Guru Agama: G)


P: Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
G: Saya hamba Allah ...dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara. 
P: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
G: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya
P: Saya punya 3 pertanyaan;
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. 
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?

G: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
P: Saya sungguh-sungguh tidak faham.
G: Bagaimana rasanya tamparan saya?
P: Tentu saja saya merasakan sakit.
G: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda itu mengangguk tanda percaya. 
G: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
P: Tak boleh.
G: Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.


G: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
P: Tidak.
G: Itulah yang dinamakan Takdir.


G: Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pipi anda diperbuat dari apa?
P: Kulit
G: Bagaimana rasanya tamparan saya?
P: Sakit.
G: Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.



No comments:

Post a Comment